SaLam seMUa

mekasih yer sudi ziarah...nnt tinggalkan
jejak korg ok..pasni leh aku leh gi melawat korg...



Daisypath Next Aniversary Ticker

Rabu, 16 Disember 2009

THINK

If you spend too much time thinking about your past mistakes, how can you focus on moving forward? Today, you need to put the boxing gloves away — because it’s time for you to stop beating yourself up! No one remembers the things you did or didn’t do, so why on earth should you? It’s one thing to learn lessons from errors you’ve made, but it is quite another to continually punish yourself. This is a fresh day, full of possibility and promise. Don’t waste it feeling regret.
Mengalah bukan bermakna kita kalah,
Berdiam diri bukan bermakna kita tidak peduli....
Namun suatu masa nanti insan yang bernama lelaki itu akan mengerti apa erti perasaan bagi seorang wanita...



Tidak perlu teman secantik BALQIS andai tidak sehebat SULAIMAN,
Tidak perlu seteguh IBRAHIM andai tidak sekuat HAJAR,
Mengapa mengharap setampan YUSOFF,jika tidak setulus ZULAIKHA,
Mengapa mendambar sehebat KHADIJAH andai tidak sesempurna RASULLULLAH S.A.W

MATEMATICAL ROMANCE

mathematical sentences


smart man + smart woman = love

smart man + dumb woman = secret affair

dumb man + smart woman = queen control

dumb man + dumb woman = pregnancy



statistic:

a woman worries about the future untill she gets a husband

a man never worries about future untill he gets a wife

a successfull man is one than can make money more than his wife can spend

a successfull wife is the one that can find such a man....

Khamis, 12 November 2009

CIntA VS SuKA...


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

credit to miss fazara...i like this..

Rabu, 28 Oktober 2009

Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

Sekiranya seeorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

Senjata wanita adalah airmata!!

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



credit tu syazrin..tpi aku amik yg aku suke jer..huhuhu

Rabu, 21 Oktober 2009

entry kali ini...

Allah Sengaja Temukan Kita dengan Orang Yang Salah

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah,
supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah,
supaya kita sedar, kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah,
supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UTK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah,
supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah,
supaya kita dapat mengutip pengalaman
yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah,
supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah,
supaya kita lebih faham, CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah,
supaya kita LEBIH KENAL KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta...
Fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH......
dengan melaksanakan suruhan-NYA,
dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak
permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA

aku perlukan kekuatan untuk melalui saat begini..jadi aku singgah ke blog lama aku yg byk beri kekuatan kepada aku untuk teruskan kehidupan yang penuh mencabar ini...so credit to blog lama aku...moga aku bisa merawat luka ini sekali lagi...insya Allah...


Selasa, 20 Oktober 2009

aktiviti melawat blog...

hurm...mase aku menjelajah ke blog kwn2...aku pun pegi la jelajah blog lame aku..huhuhuh..aku pun bace la satu persatu..n terdetik aku nak amik beberapa artikel dr blok lame aku yg dah bersawang tue..huhuhuhu...sbb aku rase benda2 tu patut share ngan pengunjung yg sudi melawat blog aku nie..so enjoy...


bunga api atau lilin? apa pilihan korg?

bunga api itu cahayanya cukup meriah, mengasyikkan, menarik dan cantik...percikannya juga menyakitkan...cuba lah untuk padamkan dengan jari..pasti melecur jari mu..pasti ia meninggalkan kesan dan kamu juga takut untuk mengulanginya bukan?

namun lilin pula punya cahaya yang bersahaja, tenang, relakan dirinya dipadam hanya dengan satu jari ditusuk ke tubuhnya sendiri..dan masih boleh dinyalakan kembali dan digunakan sehingga akhir hayatnya....

bunga api juga lilin keduanya memberikan cahaya..bunga api mampu buat kita ketawa..lilin pula sering kali menemani tatkala kegelapan...

lilin menyalakan bunga api..bunga api juga bisa menyalakan lilin selepas lilin itu terkena beberapa percikannya yg menyakitkan itu..

jika lilin dengan lilin akan lebih menerangi gelap malam..

jika bunga api dengan bunga api akan memeriahkan lg dan mengasyikkan

namun jika lilin dengan bunga api, bunga api bkn sahaja rakus menenggelamkan cahaya lilin...malah lilin akan melecur dengan dengan bahang dan percikan bunga api itu...sekaligus memendekkan jangka hayat lilin..

jadi mana satu pilihan mu???

Isnin, 19 Oktober 2009

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..???

korg tau x..aku dah semakin seronok bile dah dpt balik rentak hidup aku...moga2 aku akan tenang kembali...syukur kepada mu Allah...

ok turn back pada entry kali nie...aku nak share gaks..khas buat kawan2 yg dahaga asahan pemikiran...sharing is caring...enjoy it..credit to uki...syg kamo! muuuahks..hahaha..



Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia,

namun...
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman..
tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...
perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan"

tapi sayang...
KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

tanda2 anda bayi tahun 80'an...

1. kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody> Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

2. berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?…hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua

3. Buku dalam beg punyelah banyak dan memberatkan. Malas tengok jadual..last2 kita bawak buku yang same..Dari hari senin sapailah hari jumaat.

4.Perhimpunan pagi2 kita suke duk paling belakang bagi budak2 yang nakal lah sbb leh borak2 heheheee..Mase perhimpunan lak,mesti ade “Kelas yang terbersih pada minggu lepas adalah…….” Dan “Kelas terkotor pada minggu lepas adalah…..” huh!! sepanjang minggu kita menjaga kebersihan kelas..bagi yang rajinlah kan???

5. ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

6. ni sure korang igt… program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…

7.cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan… kan?

8. semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

9.Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa...

10. time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…ada yang suka stoking tebal laaa…

11.mase petang2 suke jalan2 naik basikal..x pon modify beskal..sepit udanglah..spoket matilah..paling best kalu ade basikal GT…huh!!!anak orang kaya beb!!!

12. internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

13.kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ‘Ti Kam’. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

14. tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh…lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

15.lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa…tpi permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, kejar2 duduk…kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.

16.hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa. hmm…

jom kite check, kite ni dah tua ke tidaK....

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin paling koman pun dah kapel..pastu menyesal…napelah aku xtekel je dulu…
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari…
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…



aku jumpe ni kt fwenster ade sorg kawan nie..series..aku touching arr..sob..sob...huhuhuhu..terharu nie....n rase windu ar nak lalui zaman tu semula...so nie nak kasik pinjam karangan ko yerk pirdaus..sbb aku rase kawan2 yg zaman kite pun pasti hepi kalo bace....tpi aku kene edit2 cikit2 sbb memule aku penin gaks nak bace...tpi minat nye pasal..aku bace lagi..bace lagi n bace lagi..hihihihi...

credit to mr pirdauz...karangan ko mmg best...

Setiap perkataan...setiap ayat...Setiap org ade punya pandangan dan persepsi masing2..

Err..uuu....mmm...Aduh..tetiba hilang plak kata2??????

Aduh...what happen to me????...huh! serius..aku baru tersedar! Waaahh..ini x bleh jadi...aku x leh begini...giler....aku rase bahananya kerana tidak mengasah pemikiran......huhuhuh...sel2 dlm otak nie dah x bersambung2 lg..ceh! ini x akan dibiarkan lg..

Yeah...let start it!!!

move..move...wake up!!!! wake up ain!!!

Ok..ape yg aku nak sharekan ari nie.....

“Risiko….

Setiap ape yg kite buat pasti ade risiko! Mereka yg takut mengambil risiko itu mereka x kan maju..jadi lah mereka yg statik..bagi yg brani mengambilnya tahniah diucapkan..sekurg2nya anda berusaha..jika gagal anda boleh cuba lagi...dan jika berjaya itu adalah suatu bonus.....”



Hoyeahh...aku dah berjaya kongsi kan sesuatu yg lame dah aku x kongsi..huhuhu...

Ape yg pasti pemikiran yg berkarat nie harus diasah! Kalo nak asah kene byk tau..kalo nak byk tau, kene amik tau..kalo nak amik tau, kene rajin, so rajin lah ain! Sbb berfikir juga sesuatu ibadah..

Sory la pada kwn2 yg mybe x faham sepatah haram pun yg aku taip nie...hihihi..kalo nak faham..cuba2 lah..kalo x nak pun x per..yang pasti ini blog ku..aku nak rase bebas berfikir seperti dulu...biar aku letih begini.. asalkan aku x tenggelam lg... semakin berehat semakin aku jadi lembab...hahahaha...

Sabtu, 17 Oktober 2009

here u are...

………………….....masa kau ada,aku tak hargai kau,kite selalu gaduh...tapi bile kau pergi,barula aku terasa kehilangan tu... masa yang kosong ni,buat aku tersedar dari angan2...buat mata aku terbukak luas, bila aku baca blog kau yang dah lama tak update tu,baru aku faham...betapa kau sayang sangat kat aku...tapi selama ni aku tak nampak...aku tak nampak apa yang kau dah buat,baru aku nampak selama ni aku nak kau je yang faham aku,sedangkan aku tak pernah nak faham kau...aku pentingkan diri sendiri...aku mintak maaf..................


ayat ini bkn untuk aku kan?? Sbb aku lame dah cube utk tidak faham kau..untuk buang sayang aku pada kau…dan aku henti kan blog tu biar aku dapat mulakan hidup baru…dan biar ko x nmpk ape yg aku dah buat..biar semua ini aku tanggung…biar semuanya salahkan aku…..

Aku minta maaf sbb tinggalkan kau..mmg aku yg mengalah…sbb aku cube jadi yg kau nak…yg senang memberi dan menerima….sesungguhnya sakit dihati kau…parah lg dihati aku...

Sungguh…aku dah lame keringkan air mata aku…dan aku cume perlu mase untuk lupekan kau..aku dah bagitau kau kan??? tpi kenape kau pakse jugak waktu tu berlalu dgn cepat??? Why?? X cukup ke ape yg aku dah tanggung selame slame nie???


wanita itu jenis perempuan jalang, tak berotak.....


u r too much…aku sungguh x sangka perkataan tu keluar dr kau sdiri…

kini luka nie kembali parah… moga kau bahagia dengan ape yg kau dah lakukan....kali ini biar hati ini betul2 mati di sini......


Selasa, 29 September 2009

waaaaa...dah lame aku x ke sini...

huhuhu..ari nie 29 sept..uish..lame gaks la x ke sini...
kalo lelabah leh wat sarang kt sini,
alamat bersawang dah blog aku nie..ekekek...

so entry kali nie kasi font size beso skek
sbb lame dah x post ape2..heheh..
rase nyer sempat lagi nak wish kt sumer

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI ye semua!!!!!!!!!!

nah..kad raye utk sumer..huhuhu...


Khamis, 3 September 2009

Bucuk Kepam...

hai..ape khabar..aku rase kt sni aku leh ckp ape yg x terluah tdi..
ko tau x betapa aku rindu kt ko..tpi ko jgn risau..aku x kan menyusahkan ko lg..
aku cume perlu mase..biarkn rase ini hilang sendiri ok..

kenape lah pyh sgt aku nak jadikan ko sbg kenangan...
aku bersyukur sbb kini ko semakin ceria disamping kwn2..aku x nak jadi sorg pemikir, menduga apa yg disebalik...aku x nak tambah lg cerita ini..apa yg pasti aku akan jadi pengunjung setia blog kau.. mengikuti cerita ko dari jauh...aku bkn buat spekulasi sendri..tpi mmg sengaja nak anggap mcm tu..agar aku boleh bunuh rase ini..

selepas separuh cinta yg aku ada tu aku dah berikan pada kau..
kau sdiri tau yg aku x kan boleh mencintai lg..tpi kini aku milik org..moga dengan terimanya aku boleh lupekan kau..bantu lah aku berlaku adil pada dia...beri la aku semangat..agar aku boleh lakukannya berbekalkan kasih dan syg aku...

dan kau jaga dri bebaik ok..maafkan aku atas kesalahan aku pd kau..sori kalo aku ni menyusahkan kau...halalkan makan minum aku...

bucuk kepam, moga ko bahagia ddunia n akhirat juga..insya Allah...


Selasa, 1 September 2009

Serabut ker???

Salam Semua...hurm..time nie aku dah nak balik keja dah..
ari nie ikutkan ok jer..byk gak la keja yg dah settle..Alhamdulillah..
namu jauh kt sudut hati..ade benda mcm sesakkan dada aku 2 3 ari nie..
aku rase x best sgt beb..rase tertekan ngan keputusan yg aku wat sdrik..
smpi aku hampir2 nyes.l..opps..itu yg aku takut terjadi..

adeh..korg tau x ape dier? hurm..cmner ek aku nak citer..
mcm nie..skrg nie aku rase mcm bowink..bowink ngan si dia? kenape ek? skrg ni aku dah asyik terpikir2 betul ke tindakan aku terima dier betul2 ikhlas, atau just nak isi kekosongan semata2...

aku rase kejam sbb dier x slh ape2 n terlalu baik aku nak tuduh salah..hahahah..lebih kurg gitu la..tpi serius..aku x seexcited selalo..dlm kol ke jumpe ke..aku byk senyap..bkn sbb aku nyampah ke ape..tpi aku mcm x tau nak borak ape ngan dier..kenape ek? bkn sbb aku ade org lain ke atau aku marah ke ape ke..just aku x tau nak feel ape..kenape ek?

aku dah jadi buntu sbb aku takut aku x nak melukakan hati dier..sbb aku tau cmner sakitnya dilukai..hurm..entahlah..yg pasti jap lg dier akan kol..adeh..ape la yg aku nak borakkan yerk..

Khamis, 27 Ogos 2009

Zakat Fitrah Update

Kadar zakat fitrah Wilayah Persekutuan
termsk Putrajaya dan Labuan RM7 seorang
tgk sini .....

Kelantan Tetapkan Zakat Fitrah RM6.90
tgk sini .....

ppssstt...baru tgk kt bernama padahal kt bernama dah kasik tau..huhuhu..

Zakat Fitrah

ha..sebut psl zakat fitrah, teringat upin n ipin raye..episod zakat fitrah... lepas opah dier dah bagi zakat tue..adeh bagi ape ek..beras ke duit ker? lupe la..ape yg penting yg part salam tue...

time tue si upin salam tok tue..lame mereka bersalam..

atok : ha..ckp la..

upin : ha? nak ckp ape?

time tue..geli hati sgt..comel giler si upin wat mcm tue..hihihi..

ok..ok..berbalik pada citer zakat fitrah..melalui sumber bernama 20 Ogos, 2009 23:05 PM
ni aku kasik link dier kepada sesape yg rajin membace.. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=434646

so pade sesape x rajin bace..aku dah amik kadar nyer khas tuk pengunjung blog nie..
aik mcm hari raye plak..kunjung mengunjungi..

Selangor - RM7
Pahang - RM7
Perak - RM7
Kedah - RM7
Pulau Pinang - RM7
Terengganu - RM8, RM7 dan RM5 (mengikut harga jenis beras yang dimakan)
Johor - RM5 dan RM7.50 (mengikut harga jenis beras yang dimakan)
Perlis - RM6
Sabah - RM6.60
N.Sembilan - RM6.50
Sarawak - RM6
Melaka - RM6.30

Kadar zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan dan Kelantan belum diumumkan.

kata2 utk hari nie..

aku menjelajah mencari isi yg tersurat mahupun yg tersirat..pastu aku terbace n tertarik ngan kata2 nie..x de lah madah pujangga sgt pun..tpi ade spark! itu yg paling penting..so aku curik kata2 tu n nak buh kt sini..

klu nk asah pensil tu jgn la tajam sgt....
takut nnt terkoyak kertas...
asah la secukup rasa hendak menulis....
pensil x patah...kertas pun x koyak....
tulis perlahan2...tulisan cantik...markah pun menarik....

credit tu mr.fyzal...8-)


Rabu, 26 Ogos 2009

Tension!!!

Ya Allah..arrgghh..aduhai..peninnya pale aku wat sistem nie..mcm nak nangis je nie..huhuhuhu...
sabar ain sabar..sikit je lagi nie..n akhirnya aku nak wat keputusan tido kejap..sbb aku rase mcm nak tercabut urat otak aku nie..ok la nak titun kejap..ZZZzzz..

Selasa, 25 Ogos 2009

ari nie ari ke keempat berposa..tpi ari nie aku mcm dah keletihan plak skrg..poit..poit..baru kul bape nih..kene kawal tenaga nie..sbb byk benda nak buat ari nie..huhuhu..tpi heran gaks nape ari nie mcm letih jer...hurm...mybe sbb x cukup tido kot..ape tak nyer..aku bergayut smpi kul 3 pagi..kul 4.30 da bgn sahur..menu sahur pun roti jer..pastu x larat..tido balik..bonda pun smbg tido..ekekek...

smlm aku hepi sgt2 dpt gi psar ramadhan same2...rase mcm klakar gak la..sbb dier dok layan kerenah aku yg agak cerewet membeli makanan..bcoz a love cook..so aku nak cari peniaga yg ikhlas berniaga je dlm erti kata beribadat dibulan ramadhan..bkn tau nak kaut untung jer..heyy..korg tau x betapa besar pahala menyediakan juadah berbuka kepada org yg berpuasa..jadi untung sesiapa meniaga di pasar ramadhan nie..yg pasti baik bape kali la tawaf baru la aku beli..lg satu mybe sbb..rambang mate nengok pelbagai juadah yg disediakan..kopak gak la dier smlm..utk family dier lg...utk aku nyer lg..ekekek..thanks ye abg, blanje ain smlm...abg, nnt kite shopping raya plak yerk..ekekek...

pg nie aku masuk je..pengetua ngomel2 psl esok dier nak gi exam ke kursus ke..aku pun lupe..pastu dier suruh aku prepare kan notebook dier..cemas sungguh la pengetua kesygn aku nie..hahahaha..poit syg nie btl la..bkn tipu2 tau..ntah kenape aku rase selesa plak dpt bekerja ngan dier..bkn sbb dier pengetua, tpi sikap dier yg humble n work together n respect each other..many kind pengetua tau berlagak sombong jer..huh..manusia...manusia...

okes..aku nak continue balik keje..jumpe lagik..smpt lg bergambar sblm gi keja tdi..tajuk dier mate sembab x cukup tido..hahahah..

Isnin, 24 Ogos 2009

Bowink..bowink..

Sebenarnye dah x sabar nak gi pasar ramadhan nie..heheh..dah la ari nie dpt kuar awal..mmg best la pengetua..cyg dier...hahahaha(time nie la nak cyg)

so aku da x leh nak wat keja dah..so ape lg..wat la perkara meraban2 (ngarut2)...ekekek...
dah la tdi kene karen..adoi..kebas tangan guwe..mls punye psl nak turn off switch..kan dah kena..pdn muke aku..huhuhu...

ni gmbo aku time induksi kt pangkor ari tue..
ni dpt no 3 persembahan yg tah hape2 tah

yg nie wif my buddies kt saner..

nie ar groups yg best n sempoi..humble..n best la..windu kt korg..

Selamat Berpuasa...

Masya Allah..ari nie dah ari ketiga dah..cepatnya masa berlalu..poit..korg posa x ari nie? jgn ponteng posa okes...dosa tau...Ape pun nak wish kt korg Slamat Menjalani Ibadah Puasa...
Moga diberkati..so berwasatiah ler selaloo...

Ckp psl puasa..perkara yg dekat pertama adalah tarawikh..Adoi..sedih n sayu aku bila tahun nie surau kek kg aku nie berkurgan ahli jemaah nya...sbb taman sebelah pun dah bina surau mereka sdirik..hurm...entah la..

perkara yg kedua dekat adalah bazar ramadhan..ari nie dah ketiga posa dah..aku lum lg sempat gi..agak nyer cmner la ek tahun nie..ape yg best ape yg x best..time nie la nak rase kuih muih yg jarang org buat..huhuhu..

hari ketiga gak la rase kelakar sbb first time aku cepat plan psl baju raya tahun nie kaler ape..hahahaha...sbb nak sedondon ngan si dia kot..nnt kang tempah lewat x sempat plak nak siap..ekekek...

anyway ramadhan nie penuh debaran gaks sbb aku akan memperkenalkan si dia pada family aku...adui..bila difikirkan..rase nak gugur jantung aku..ape yg pasti family aku mmg menunggu saat nie...2 kali pandai2 reject pinangan org tanpa tanye tuan badan sdirik..nah skrg beri green light utk kuar dari sangkar emas, tpi diorg plak yg x brani nak tanye sbb aku yg berdiam diri jer tpi dlm hati geli hati gaks sbb depa mcm pelik je sbb aku mcm x kesah pun pasai nak bf ke kawin ke..hahahaha..aduhai cmner la nnt ek..

rasenye cukup kot tuk kali nie..nnt2 guwe mengarut2 lg..chow cin cau...

Jumaat, 21 Ogos 2009

I'm Homeeeeeeeeeeee.......


Windunya pada semua..windu kt bonda...windu kt blogs..windu kt forum..pendek kata kt sumer2 lah...xspecially pada mamat yg aku gelarkan dulu bucuk kepam...i dnt knw y...tpi mmg aku rindu la kt dier..walaupun aku n dier x de ape2 lg..walaupun aku kini milik org lain...

korg tau x aku kemana? aku gi trainning wataniah sebenarnya..mmg best giler la..walaupun pada mulanya mmg berat sgt hati nak pegi..bkn ape..aku risaukan bonda..mujur la dalam sebulan tu ade skali aku balik kg..so tgk bonda ok..hati aku pun senang nak teruskan latihan tue..

mmg byk benda la aku blajar kt sana..terutama skali ketahanan mental..kene byk giler ar bersabar..x leh merungut..nak nangis pun dlm hati jer..jurulatih kata, team kitorg la yg paling manja..kurg kene buli..so aku fokus dlm otak..yg aku hadapi tu baru sikit..ade yg kene lg teruk..so aku x la rase pressure sgt...

dan paling penting gaks..bile dah masuk sane..baru aku tau nak hargai kerja aku skrg..kalo dlu aku kata bz la ape la..rupenya x la sesukar mane pun kalo nak compare ngan latihan sebulan nie..

kalo ikutkan aku abis 18 aug..pastu aku mc..pastu semalam aku godek dekat 15 ketul gak la pc..sempoi jer...pastu petang aku mls nak bikin ape2 dah..hahahahaha...jahat ek aku nie..

kerja mmg melambak2 la..aku nak wat time cuti skol nnt..senang sket nak wat keja, budak2 x dek..jap lg aku nak detailkan sumer keja2 yg akan dibereskan dlm seminggu bdk2 skolah nie cuti..

aku nak cite gaks ape jadi time tranning tu..tpi nnt2 la..aku ade keja skek..jumpa lagik..wassalam..

Rabu, 15 Julai 2009

aku akan menghilang???

ye ar..aku akan menghilang pasni..aku nak gi trainning lerr...selame sebulan plak tue...adeh..lg beberape ari je lagi ni..x tau nak rase ape..hepi ade...xcited ade...tetibe rase cedey pun ade..huhuhu..nnt aku akan stop kejap rutin2 harian kek skol yg bz nie..yahoo!!!! but aku cedey sbb nnt aku misti windu kt bonda...huhuhu...rase nak bawak je bonda sama2 gie..

erk..tetibe idea terputus la...nak tulih ape ek???? entah la..yg pasti aku nak balik cepat ari nie..nak spend time kt umah lame2...minggu nie aku agak bz skek..sian bonda sbb aku x sempat nak luangkan mase waktu mlm sbb minggu nie aku kepenatan..slalo tido cepat..

em..ok la..takat sini je kot..nak balik...daa...wslm...

Khamis, 25 Jun 2009

salam kembali...

uish..lame gak la aku x ke sini...hurm...byk benda dah terjadi..n bakal terjadi..n mungkin terjadi...

wa..wa...wa..byk nyer aku nak story..smpi x tau nak citer mane satu...tpi nie skrg aku singggah je kejap..nnt ptg la skek aku akan ke sini membawa cerita yang hangat dari pada biase utk di share pada sumer...

ape pun..Alhamdulillah..aku bersyukur dlm kesibukan seharian..fuh...mmg bz beb..aku masih mampu tersenyum...thanks Allah..

Khamis, 28 Mei 2009

ke sini lagi...

Alhamdulillah...bonda dah balik la....syukur sgt..tatkala aku lihat bonda sehat sejahtera melangkah kuar dari keta kak ngah...bonda balik kali nie aku x amik sbb aku kene wat preparation kt umah...

hai...lame gak aku x ke sini..kan?? mcm2 aku dah lalui...hurm...mcm2 perkara wat aku hepi..sedih...kecewa...ayark..itu lah lumrah kehidupan ek..malang nya aku x leh nak share ngan org yg aku syg...erk syg?? aku syg kah pada mereka? atau mereka syg kah pada aku???

pada aku..aku ni terlalu muda utk langkah sendiri..di atas kaki sendiri..bkn x yakin..just aku rase mcm mentah sgt..bile tgk dugaan diluar sane..aku rase kerdil sgt2...perkara tu buat aku rindu sgt2 kt Arwah Abah....

ketakutan...ketakutan dlm mengharungi liku2 kehidupan...itu yg aku rase sejak Arwah Abah x dek...dihadapan semua aku perlu bertegas..berani..berdikari...lebih2 lagi bonda kini adalah tanggungjwb aku...aku perlu cekal! tabahkah aku????
di dalam dri ni hanya tuhan saja yg tahu...kdg2 aku rase mahu rebahkan diri dr harungi kehidupan yg mencabar nie....

Ya Allah...betapa aku perlukan seseorg yg leh buat aku tegar hadapi semua ini...bkn harta dan kebendaan yg aku perlukan...tpi kematangan..kebijaksanaan..rasional...biar semua jadi perisai agar aku bleh berdiri teguh..berjalan tenang...berlari kencang...insya Allah....

Isnin, 18 Mei 2009

AKU di sebalik tabir ....v2

Ok..kali nak citer psl skolah..dlu mase time skolah rase x sabar je nak keja…skrg nie plak..rase nak balik je jadi student..huhuhu

5 THN- TADIKA BONDA (Umah la..)


6 THN - TADIKA PERPADUAN TAMPIN TENGAH


7 THN - SK TAMPIN

(DRJH 1-5 KELAS MAWAR, Pastu 6 KEKWA turun kelas sbb malas...hahaha...)


10 THN - SRA PULAU SEBANG

(1-3 ABU BAKAR ke OSMAN....lupe la...sbb slalo ponteng...huhuhu)


13 THN - SMK TAMPIN KINI DIKENALI SMK SYED IDRUS

(TING 1-2 KELAS 1 Agama 2... Pastu naik kelas 3 Agama 1 then 4 Sains)


16 THN – SMK TEKNIK BUKIT PIATU MELAKA

X nak amik bio nyer pasal..lari gi skol teknik...amik PKE


19-21 THN – POLITEKNIK PORT DICKSON

KELAS DKE 1 – DKE 6


Ape yg aku leh komen...aku bkn x pndai...tpi aku ni mmg mls blajo..time exam pun jgn harap la aku nak ulangkaji...aku just beri tumpuan dlm klas jer...huhuhu...kwn2 same batch aku sume jadik somebody..esspecially satu batch skol rendah...aduyai skrg baru menyesal...ape nak buat nasik da jadik bubur...kalo aku rajin dlu...huhuhuhu.....

So korg..mane2 yg tgh study lg tue..blajo rerajin ok...jgn jadik mcm aku...huhuhuhu...

Bile dah keja nie..baru la tau..betapa bestnyer blajo...So aku nak buat degree pastu master ...jeles ar tgk korg...

kawin?? nanti2 la kot..leh x mcm tue??? Ekeke.....


hari ni masuk hari ke-5

tanggal 14 mei...bonda pergi umrah ngan bg lan...aduh windunyaaa....kalo x silap hari nie bonda dah smpi mekah setelah 3 hari berada di madinah...hurm..nasib baik ade roaming skrg..leh la msg2 bg lan...ari tu kol bg lan baru sudah solat asar...aku x berkesempatan nak bercakap ngan bonda.. lgpun aku takut aku nangis lg mase hari nak anta bonda ari tue...aku x nak bonda risaukn aku plak nnt...
aku pun x nak ganggu ibadah mereka..

but seriuosly i miss her so much!!! x mcm mase bonda gi haji ngan arwah abah dulu...
to bg lan, jage diri bebaik, tlg jaga bonda skali yerk...
bonda, ain rindu bonda...moga bonda sehat selalu!!

dugaan....

"Allah tidak akan menduga hambanya itu, melainkan yg hak"

kata2 itu yg aku ingat hingga hari ini...hak dlm erti kata mampu menanggung dugaan itu...jadi orang yg diberi dugaan tu adalah orang yg terpilih dikalangan hambanya untuk mengharungi ujian itu...jadi bersyukurlah atas nikmat dugaan itu...
Allah menguji dengan 2 cara...memberi kesenangan atau kesusahan..kalo korg la kan..korg agak2 mane yg lebih mudah utk di harungi...huhuhuh..fikir2 kan...

org kaya raya tu sebenarnya diuji tau...samada bersyukurkah dia atau x? halal kah haram kah sumbernya? tahukah dia harta nya itu ada bahagian nya yg perlu dizakatkan??
demikiaan juga ujian kepada org miskin...

aku ingatkan diri ku n korg kalo aku terlupe ingatkan aku ek....moga2 aku jadi hamba yg bersyukur...n senantiasa bersyukur atas nikmat yg Allah beri sepanjang hidup di dunia ini...insya Allah..

Selasa, 12 Mei 2009

Khas Untuk Bonda...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.



Bonda..Selamat Hari Ibu...I Love U so Much!!!! Mmmmmmmmuaaaahhhks!

NGANTUK??? MEH SINI....

aduyai aku yg ngantuk sebenornyer nie...adeh..korje byk lak tue...
mlm tdi tido x nyenyak doh..asyik terjage jer...ingat kt seseorg...
uppss..sape la tue....ekekek...ok..ok..mari kite ilang kan rase ngantuk kite...


1.
Image

ni ala taichi sikit la...sebagai intro dan warming up..

2. Image

tiru la macam ni...untuk melegakan bahu dan leher..

3. Image

wachaaaaaaaaa.......................

4. Image

gerak kekanan kemudian ke kiri..

5. Image

gerak ke kiri kemudian ke kanan

6. Image

ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..

7. Image

tepuk kuat kuat kat dahi..ni untuk hilang mengantuk..

8. Image

dah tu buat gerakan tangan dan badan...buat macam happy aje..

9. Image

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...buat macam takde masaalah...

10. Image

buat secara aggresive pula...jangan peduli apa orang lain kata..

11. Image

hilangkan semua stress...

12. Image

pusingkan kepala...

13. Image

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak...sape kulit gelap jgn trase plak

14. Image

akhir sekali...buat joget kucing...kalau tak hilang jugak.......

Isnin, 11 Mei 2009

UPPSSS....10 AMALAN YANG TERBALIK???

ni akak ain bagi pg tdi...ain buh kt sini...mari kite bace same2 yerk...

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak s eda r atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang l ain . Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam).. Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, s eda ngkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. S eda ngkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. S eda ngkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan l ain .


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan m ain lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. S eda ngkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang l ain .. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org l ain .. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


lyrics for today...

mase nie aku tgh back up file ade satu pc cekgu nie..tetibe jumpe lak lagu2..cube test dgr..aik dgr je lagu nie...aik macam pernah dgr je lg nie..tpi dimana ek?? tetibe aku teringat plak kt mamat bengong yg suke kacau aku kt training wataniah..hahaha..lorrr nie ke lagu yg ko nyanyi tuk aku tu bro...oit oit oit..bkn senang nak kacau jiwa aku nie tau..tpi brader nie lain skit larrr...tu yg lg semangat aku nak gi trainning tue...amboi2 gatainya aku..ahahahah...Aaarghh...i hate this feel....pe pun aku mls nak pk sgt2...byk benda aku nak buat, nak settle...lg pung luke lama belum cukup sembuh lg...cukup2 hati aku kene toreh...x kan nak toreh lg kot..ingat hati aku nie pokok getah?? ahahaha..to bro nizam..aku juga rasa getarnya but soweyyy...not this time larrr...bior dlm hati je la ek...leh x?? sbb lagu nie best..so aku pung amik la lirik dier..then buh kt my dear2 nie...


Ungu - Cinta Dalam Hati

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

reff:

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

today..

hari ini ari isnin...hurm..mmg bz..aku nak kumpul semangat nie...

ape2 aku nak mengarut kt sini dlu...

citer sedey dlu...pada saat aku betul2 perlu moral support..

org yg aku harapkan tu...mmg x dek pada saat tue...

serius aku kecewa sgt2....lg buat aku rase mcm jelek nak anggap ko kwn...

aku mmg syg ko..tpi aku x phm la apsal ko wat aku mcm cilake..

tu ckp kasar name nye tue...hahahahaha...


x pe la..hari nie hari aku..esok lusa2 siape tau...

fuh..lega rase nyer..aku dah luahkan..of coz aku marah...skrg dah lega...

citer jeles nie plak psl aku x leh ikut nak gi masuk hutan training nie...waaaa....

nak ikutt....dah ar korg dpt bwk senjata skali...waaa......jelesnyer....

citer happy plak..bonda yg tersayang dah sehat dari demam..

Alhamdulillah...

hurm..rasenyer tu je lah..aku nak wat keja...cau cain cau...wslm...

Jumaat, 8 Mei 2009

Ini Khas Untuk Bonda n Arwah Abah....



Bonda..Ain syg bonda..terima kasih kerana telah malahirkn Ain...

Abah...Ain rindukan abah...

aku x tau nak rase ape???

dah 2 3 ari aku x rase jauh hati sgt2...

rase sedih je...pilu....
aku rase berat nak balik rumah...

bkn sbb gaduh ke ape..tpi aku sebenarnya...


aku takut sebenarnya..takut pada hari yg mendatang...

bonda nak gi umrah...aku risau...risau sgt2...rase nak ikut skali...

aku x leh nak berhadapan ngan bonda...rase nak nangis...

pagi2 sbelum pergi kerja saat tu je lah aku wat betul2...

aku cium tangan bonda seperti biase setiap pagi..

tpi sejak akhir2 nie aku rasa nak peluk sgt2 bonda..

tpi keluarga aku mmg jarang peluk2...rase kekok...

cium pipi pun lepas salam kalo nak pergi kursus ke yg jauh2...

x pun time hari raya...tpi mmg rase bergetar la naluri mase tue...

so saat tu aku paling tunggu2 setiap kali raya or aku pegi kursus...

aku x akan dapat buat kalo hari2 biase....arghhh frust giler...

bkn ego..tpi aku malu...sbb aku didik cara org dulu2

org dulu2 kalo syg anak rotan ke pukul ke tu tanda syg la..

last aku ingat bonda peluk cium aku waktu bonda n abah baru balik haji...

tu pun sekejap jer..aku rindu sgt saat tue...

skrg plak...gara2 hari2 terakhir sebelum bonda pegi umrah..

aku x tau..tpi aku rase pedih sgt...


kali ni rase lain sgt...aku takut..

aku belum bersedia lg nak berpisah ngan bonda...


Ya Allah..moga bonda n abg lan selamat pergi n selamat pulang....

Abah...ain takut..ain rindukan Abah...